Crew

team-sengtat

Penulis & Pengarah: LIEW SENG TAT

Liew Seng Tat muncul sebagai pengarah filem dengan nada komedi yang unik tidak lama selepas beliau lulus daripada Universiti Multimedia Malaysia, di mana beliau mengambil jurusan animasi 3D. Filem pertama beliau pada tahun 2007, Flower in the Pocket berjaya memenangi anugerah di festival-festival filem antarabangsa antaranya Busan, Rotterdam, Fribourg, Deauville dan Pesaro. Pada tahun 2008, beliau terpilih untuk menyertai Festival de Cannes Director’s Residence – Cinefondation. Beliau juga menyertai Torino Film Lab 2010 dan Sundance Screenwriters Lab 2011 dengan filem keduanya Lelaki Harapan Dunia (sebelum ini dikenali sebagai In What City Does It Live?). Beliau mengasaskan Everything Films pada 2010 dan bergiat secara aktif di dalam industri filem bebas Malaysia, bekerja sebagai pengarah dan penerbit.

team-teoh

Pengarah Fotografi: TEOH GAY HIAN

Teoh yang lahir di Muar, Johor, Malaysia bukan orang asing di dalam industri filem. Beliau yang mendapat didikan di Akademi Seni Nasional Taiwan dan seterusnya di Northern School of Filem dan Televisyen di England. Beliau kemudian mula merakam dokumentari dan banyak filem pendek. Dia akhirnya melensa “Monk Dawson”, sebuah filem Inggeris yang dipuji majalah filem terkemuka Sight and Sound untuk kerja kamera yang menawan. Dia kembali ke Malaysia pada pertengahan tahun 90’an dan mula bekerja dalam iklan TV. Tetapi panggilan Teoh tetap dalam kerja long-form. Beliau kemudian diupah untuk bekerja dalam filem- filem panjang Spinning Gasing, Mimpi Moon, Perempuan Melayu Terakhir, Embun, dan Paloh. Spinning Gasing memenangi anugerah Festival Filem Slamdunk untuk sinematografi terbaik manakala kerjanya yang lain juga telah memenangi anugerah yang serupa di Malaysia. Kredit rakaman meluasnya termasuk Soegija dan Opera Jawa arahan Garin Nugroho dan filem Ho Yuhang At the End of Daybreak dan Rain Dogs

team-minks

Penyunting: PATRICK MINKS

Patrick Minks belajar Drama dan Filem di Universiti Amsterdam sebelum beliau berpindah ke Akademi Filem Belanda di mana beliau lulus sebagai penyunting filem pada tahun 1992. Beliau bekerja sebagai kritik filem untuk majalah filem Belanda Skrien pada tahun 90-an, sebelum menumpukan perhatian kepada penyuntingan filem dan penulisan/pengarahan. Sebagai penyunting filem, beliau pernah bekerja dengan pengarah tersohor seperti Heddy Honigmann, Jos de Putter, John Appel, Eugenie Jansen, Hany Abu-Assad, Walter Stokman dan Masha Novikova.

Filem-filem yang disunting beliau termasuk Sweet Smoke Of The Fatherland oleh Masha Novikova (dicalonkan untuk Filem Dokumentari Terbaik di Festival Filem Belanda 2011), Scena del Crimine oleh Walter Stokman (tayangan perdana dunia di Festival Filem Antarabangsa Venice 2010 (Venice Days) Art Competition Jury Prize Docudays Kiev, Ukraine 2010, Dutch contribution Prix d’Italia 2012), In Memoriam Litvinenko oleh Jos de Putter (2007, Festival Filem Antarabangsa Chicago Doc President’s Award Hot Docs) 2001 dan Good Husband, Dear Son oleh Heddy Honigmann (dicalonkan untuk Dokumentari Terbaik Eropah 2001).

Pada tahun 2008 beliau menerbitkan, mengarah dan menyunting filem pendek Final. Ia ditayangkan buat pertama kali pada Festival Filem Belanda tahun itu dan juga ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Newport dan disiarkan oleh Culture Unplugged di Amerika, Propeller TV di UK, dan pada masa sekarang disiarkan di Shorts TV Channel di Amerika dan Eropah. Beliau menulis bersama layar skrin untuk cereka filem ketiga Eugenie Jansens Above Us All yang ditayangkan buat pertama kali di Berlinale 2014.

team-tommy

Reka bentuk Produksi: TUNKU TOMMY MANSUR

Tommy Mansur seorang pereka bentuk produksi, pereka kostum dan pengarah seni yang terkenal di Malaysia. Sejak beberapa tahun ini, Tommy telah bekerja dengan produksi tempatan dan antarabangsa yang berprestij seperti Anna & The King, Vikingdom, Spinning Gasing, Hanyut, The Biggest Contender Asia sebagai contoh. Tommy juga pernah mengarah iklan TV, siri TV kanak-kanak dan video muzik. Beliau seorang yang gemar melukis dan telah mempamerkan hasil lukisannya secara solo dan juga berkumpulan.

team-luka

Muzik Asli: LUKA KUNCEVIC

Luka dilahirkan di Dubrovnik, Croatia pada tahun 1973. Dia mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun dalam menggubah lagu untuk filem, siri TV dan dokumentari. Kemuncak kerjaya penggubahan beliau termasuk klasik seperti Chekhov, Brecht, E.A. Poe, Goethe, Molière, Hampton, Durrenmatt, Vojnovic, Hubner, Cervantes,Eshil, Sophokles dan Euripides. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana dalam Penggubahan di dalam Media Baru dari LCM, Universiti Thames Valley, London.

Sejak menyertai Imaginex Studios sebagai Pengarah Kreatif/Muzik pada tahun 2006, Luka telah menggubah pelbagai projek termasuk Saladin the Animated Series (Pencalonan Antarabangsa Emmy), Dukun oleh Dain Said, War of the Worlds Goliath 3D oleh Joe Pearson, yang diterbitkan oleh Kevin Eastman (Anugerah filem Terbaik 3D di Festival 3D LA dan Festival Sci-Fi Boston, pilihan rasmi di Sitges dan Festival Filem Sci-Fi London), Amir & Loqman Pergi ke Laut oleh Mamat Khalid dan Lelaki Harapan Dunia arahan Liew Seng Tat.

Luka juga telah menggubah lagu dan mereka muzik bagi banyak iklan TV berprofil tinggi. Di Festival New York – TV & Filem Terbaik Dunia beliau memenangi Anugerah Finalis 2014 untuk Muzik Asli dan Pingat Perak Dunia bagi Soundtrack Terbaik/Adunan Audio bagi rancangan Fear Factor Celebrity Malaysia.

Kembali ke Pelakon & Krew