Pelakon

team-wanhanafisu

Pak Awang – WAN HANAFI SU

Seorang veteran industri filem Malaysia, Wan Hanafi Su memulakan kerjaya lakonannya pada awal tahun 70’an dan sejak itu telah muncul di dalam banyak filem dan telemovie Malaysia. Anugerah yang pernah beliau menangi termasuk Pelakon Terbaik Anugerah Skrin 2013 untuk wataknya di dalam drama TV Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Pelakon TV Terbaik Anugerah Angkasa Seri 2005 untuk Anak Penarik Beca dan Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Sri Angkasa 1995 untuk drama TV Percintaan. Beliau salah seorang pelakon yang paling dihormati dan disanjungi di persada filem Malaysia.

Filemografi:
Laga (2014), Kisah Paling Gangster, Dampak, Tokan, Paku Pontianak (2013), Bunohan, Halim Munan, 29 Februari, Prince Of The City (2012), Sejakala , Hikayat Merong Mahawangsa (2011), Susuk (2008), Jogho (2009)

team-soffijikan

Wan – SOFFI JIKAN

Kerjaya lakonan Soffi Jikan bermula pada tahun 2003 di mana persembahannya di dalam filem Paloh mendapat perhatian pengarah terkenal Mamat Khalid. Semenjak itu dia telah menjadi pelakon yang konsisten di dalam filem-filem Mamat Khalid seperti Man Laksa dan francais filem yang sangat popular; Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Zombie Kilang Biskut dan juga telah membuat kemunculan penting sebagai pembantu pelakon di dalam banyak filem lain.

Pada tahun 2011, beliau telah dianugerahkan Pelakon Pembantu Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-24 untuk wataknya di dalam KL Gangster.

Filemografi:
Hantu Nan Sempit, Abang Long Fadil, Zombie Kilang Biskut (2014), KL Gangster 2, Pecah, Rock Ooo (2013), Kahwin 5, Jiwa Taiko, Bunohan, Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012), Kantoi, KL Gangster (2011), Hantu Kak Limah Balik Rumah, Estet , Kapoww!! (2010), Setem (2009), Los dan Faun, Antoo Fighter, Kala Malam Bulan Mengambang (2008), Zombie Kampung Pisang, Chermin (2007), Man Laksa, Cinta (2006), Rock (2005), Paloh (2003)

team-harunsalimbachik

Megat – HARUN SALIM BACHIK

Harun Salim Bachik mula sekali mendapat perhatian orang ramai kerana lakonan beliau di dalam komedi televisyen Rumah Kedai pada awal tahun 90-an. Siri sitkom televisyen Gado-Gado merupakan batu loncatan yang melonjakkan karier beliau ke dalam dunia lakonan. Beliau dicalonkan sebagain Pelakon Pembantu Terbaik pada tahun 2006 untuk wataknya di dalam Baik Punya Cilok pada Festival Filem Malaysia ke-19.

Pada tahun 2011, beliau bergabung dengan Afdlin Shauki untuk membentuk Boboi, kumpulan komedi untuk pertandingan Astro TV yang cukup popular, Maharaja Lawak Mega. Boboi cukup popular.

Filemografi:
Abang Long Fadil (2014), Ular, Lemak Kampung Santan, KIL, Bikers Kental, Bola Kampung The Movie, Lawak Ke Der! (2013), Cinta Kura-Kura, SAM: Saya Amat Mencintaimu, Aku, Kau & Dia, Jalan Kembali: Bohsia 2, Hoore! Hoore! (2012), Aku Bukan Tomboy, Tolong! Awek Aku Pontianak (2011), Kapoww!!, Lu Pikirlah Sendiri de Movie (2010), Duhai Si Pari-Pari, My Spy, Papadom, Setem (2009), Antoo Fighter, Apa Kata Hati?, Cuci (2008), Man Laksa (2006), Baik Punya Cilok (2005), Menanti Hari Esok (1997)

team-jalilhamid

Tok Bilal – JALIL HAMID

Jalil Hamid ialah seorang pelakon dan pelawak terkenal kerana peranannya di dalam banyak telemovie, siri drama televisyen dan filem Malaysia. Beliau telah memenangi anugerah Pelawak Paling Popular di Anugerah Bintang Popular pada tahun 1992. Beliau juga dicalonkan sebagai Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 untuk wataknya di dalam Wanita Bertudung Hitam. Pada tahun 1997, wataknya di dalam Baginda arahan Aziz M Osman mendapatkan beliau Pelakon Tambahan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia. Beliau memenangi anugerah Pelakon Terbaik bagi wataknya di dalam drama TV Nur Di Pintu Syurga di Anugerah Skrin pada tahun 2006.

Jalil Hamid juga seorang artis rakaman dengan beberapa album dan juga giat berkecimpung di dalam lakonan teater.

Filemografi:
Kahwin 5 (2012), Dalam Botol (2011), 2 hati 1 jiwa (2010), My Spy (2009), Pensil (2008), Budak Lapok, Kayangan, Zombie Kampung Pisang (2007), Tak Ori Tak Ok (2005), Buli (2004), Baginda (1997), Wanita Bertudung Hitam, Queen Control (1992), Driving School (1990).

team-azhanrani

Cina – AZHAN RANI

Dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, Azhan mula terlibat di dalam dunia teater pada tahun 1994 apabila beliau masih belajar di Akademi Seni Melaka. Beliau memperoleh diploma di dalam drama dan kemudiannya mengejar ijazah Seni Persembahan di Unimas Sarawak. Beliau memulakan kerjayanya di dalam teater. Beliau dipilih berlakon di dalam produksi teater muzikal yang sangat berjaya, Lantai T.Pinkie berlakon sebelah Nasha Aziz.

Langkah pertama Azhan ke dalam dunia televisyen adalah untuk drama TV Sesuci Cinta Sofia (2007). Azhan kembali kepada dunia teater selepas itu, bekerja di sebalik tabir sebagai pengurus pentas bagi produksi bangsawan yang dipanggil Tengku Anum. Tidak lama selepas itu, beliau kembali berlakon di dalam teater muzikal yang dipanggil Antara. Kerja TVnya termasuk drama televisyen 25-episod Yusuff, Masyitah, Rintihan Kalbu, Dendam Orang Minyak, Gemilang, Tower 13, Suara Takdir, Habil Qabil dan Supermak. Pada tahun 2011 dia membuat peralihan kepada layar perak dan telah membintangi beberapa filem termasuk Jalan Pintas (2011), KL Zombie, Aku Pilih Kamu, Kolumpo (2013).

In 2011 he made his transition to the silver screen and has starred in number of films including Jalan Pintas (2011), KL Zombie, Aku Pilih Kamu, Kolumpo (2013).

Kembali ke Pelakon & Krew