Penerbit

team-sharon

Penerbit: SHARON GAN, Everything Films

Sharon menamatkan pengajiannya dengan ijazah Filem & Animasi dari Universiti Multimedia pada tahun 2001. Kerjaya filemnya bermula di dalam pengedaran di mana beliau bekerja sebagai seorang Eksekutif Pemasaran di Buena Vista Columbia Tristar Films (M) Sdn. Bhd. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli penting yang bertanggungjawab mendapatkan bahagian pasaran terbesar di Malaysia pada tahun 2003.

Setelah mendapat pendedahan kepada aspek komersial filem, Sharon meneruskan pelajarannya dengan ijazah sarjana di dalam Polisi Kebudayaan Eropah dan Pengurusan di Universiti Warwick, UK dan menumpukan penyelidikan beliau kepada polisi filem, pembiayaan dan pawagam bebas. Beliau juga telah memegang beberapa jawatan sebagai pelatih dan sukarelawan dengan persatuan filem dan festival termasuk Screen WM, Independent Cinema Office, Filem Festival Dokumentari Sheffield dan Filem Education dan juga merupakan penyelaras festival di Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-23.

Sejak kepulangannya ke Malaysia, beliau giat memasarkan filem bebas di Malaysia dan juga merupakan publicist untuk Bunohan, filem yang menjadi penyertaan Malaysia pada anugerah Oscar 2013. Pada tahun 2010, beliau menyertai Everything Films, syarikat yang berpangkalan di Malaysia sebagai penerbit dan telah menamatkan filem pertamanya – Lelaki Harapan Dunia (tajuk bekerja sebelumnya: In What City Does It Live), sebuah filem yang telah mendapat pembiayaan dari beberapa negara termasuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Torino Film Lab (Italy), Hubert Bals Fund, Netherlands Film Fund, Prince Claus (The Netherlands), World Cinema Fund (Germany), Visions Sud Est (Switzerland). Fondation Groupama Gan pour le Cinéma (France) dan Sundance Institute (USA).

Everything Films (Malaysia)

Everything Films adalah sebuah syarikat produksi bebas yang berpangkalan di Malaysia yang diasaskan pada tahun 2010 oleh pengarah Liew Seng Tat. Liew adalah salah satu ahli pangasas Da Huang Pictures, syarikat produksi filem Malaysia yang telah menerbitkan banyak filem yang telah memenangi anugerah dan yang telah melawat festival filem antarabangsa. Beliau bergiat secara aktif di dalam industri filem bebas Malaysia, bekerja sebagai pengarah dan penerbit.

Aspirasi Everything Films adalah untuk menerbitkan filem yang bukan sahaja berinspirasi tetapi juga untuk mencipta nada suara yang unik untuk industri perfileman Malaysia. Penerbitan terbaru Everything Films adalah filem kedua Liew Seng Tat, ‘Lelaki Harapan Dunia’ yang telah setakat ini telah terpilih and ditayangkan di banyak festival filem antarabangsa di seluruh dunia termasuk Locarno, Toronto, Nara, Busan dan Vancouver.

Penerbit Bersama: DENIS VASLIN, Volya Films

Denis Vaslin menerima ijazah dari jabatan Kebudayaan & Bahasa Slavic Institut Bahasa Oriental Paris pada tahun 1994. Setelah bekerja selama 5 tahun sebagai pengagih filem dan untuk sebuah syarikat produksi di Perancis, dia berhijrah ke Belanda. Dari tahun 1999 hingga 2004, beliau bekerja sebagai penyelaras/ pengurus produksi dan juga sebagai penerbit talian.

Denis mengasaskan Volya Films pada 2004 untuk menerbit dan menerbit bersama filem penulis fiksyen dan dokumentari kreatif. Syarikatnya memajukan projek dengan pengarah muda dan juga pembikin filem yang lebih berpengalaman terutama sekali di dalam rangka kerja penerbitan bersama antarabangsa. Denis merupakan graduan Binger Lab pada 2004, EAVE 2006 dan EURODOC 2007.

Volya Films (Belanda)

VOLYA FILMS – diasaskan pada tahun 2004 – adalah sebuah syarikat penerbitan berpangkalan di Rotterdam yang menghasilkan filem penulis fiksyen dan dokumentari kreatif, terutamanya sebagai penerbitan bersama antarabangsa.

Filem terbaru kami termasuk Lelaki Harapan Dunia oleh Liew Seng Tat (Cineasti del Presente – Festival Filem Antarabangsa Locarno 2014), 40 Days Of Silence arahan Saodat Ismailova (Forum Berlinale 2014); Solo oleh Guillermo Rocamora (Anugerah Filem Terbaik Pertama di Festival Filem Antarabangsa Miami); The World Belongs To Us arahan Stephan Streker (Festival Filem Dunia Montréal) dan The Hum Of Holland oleh Stella van Voorst van Beest (Pertandingan Dokumentari Festival Filem Belanda 2012), Snackbar, filem fiksyen pertama oleh pembikin filem dokumentari Meral Uslu (Berlinale Generation Plus 2012).

Pada masa ini, kami membangunkan projek dengan a.o. Jeroen S. Rozendaal, Tim Leijendekker, Marjoleine Boonstra, André van der Hout, Marco De Stefanis dan Jan Willem van Dam. Kami berada di dalam pasca-produksi dengan Kurai, Kurai – Tales on the Wind, filem pertama oleh pengarah dokumentari Marjoleine Boonstra, dan ‘The Dream Of Shahrazad’ oleh pengarah Francois Verster.

Dalam produksi adalah Niks Mektoub!, sebuah dokumentari oleh Gülsah Dogan, The Market oleh Marleine van der Werf, dan ‘Greed’ oleh Ingeborg Jansen.

Baru-baru ini ditambah ke dalam senarai fiksyen ialah Aliyushka, oleh pengarah Kazhak Adilkhan Yerzhanov, yang telah dicalonkan untuk L’Atelier di Festival Filem Cannes 2014.

Volya Films adalah ahli rangkaian EAVE, Eurodoc, Binger dan EDN. Denis Vaslin merupakan ahli Akademi Filem Eropah dan Penerbit Dokumentari Belanda. Pada tahun 2011, dia mengasaskan Mandra Films bersama Eric Mabillon di Perancis. Dia juga merupakan ahli pasukan pedagogi Produire au Sud dari Festival 3 Continents di Nantes/Perancis.

Penerbit Bersama: ROSHANAK BEHESHT NEDJAD, Flying Moon Filmproduktion

Roshanak mula bekerja di dalam industri filem sebagai peyelaras festival dan pengurus produksi. Pada tahun 1999, dia mengasaskan Flying Moon Filmproduktion GmbH dengan Helge Albers. Roshanak merupakan ahli Akademi Filem Jerman dan juga Akademi Filem Eropah. Sejak tahun 2007, terdapat kerjasama yang kukuh dengan pelbagai program latihan Eropah dan Antarabangsa. Roshanak bekerja sebagai pakar dan juga penasihat untuk pelbagai institusi dan persatuan latihan seperti MEDIA Mundus, EAVE untuk Program Eropah dan Antarabangsa, Torino Film Lab, Focal dan juga Akademi untuk Media Kanak-kanak, Jerman.

Flying Moon Filmproduktion

Flying Moon membangunkan dan menerbitkan filem berorientasikan penonton (kedua-dua cereka dan dokumentari) dengan kelebihan dan tumpuan yang kuat terhadap penerbitan bersama.

Filem-filem oleh Flying Moon telah berjaya ditayangkan di dalam festival-festival dan dijual di serata dunia, di antaranya projek yang memenangi anugerah seperti Havanna Mi Amor (Golden Lola untuk Dokumentari Tebaik 2001), Khamosh Pani – Silent Waters (Golden Leopard untuk Filem Fiksyen Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik di Locarno 2003), Waiting For The Clouds (Anugerah Sundance International Filmmaker untuk Skrip Eropah Terbaik 2003), 32A (Skrip Irish Terbaik 2007), Football Under Cover oleh Ayat Najafi dan David Assmann (Prix Europe Iris 2009), Pazar – The Market oleh Ben Hopkins (Filem Turki Terbaik dan Skrip Terbaik di Antalya 2008), The Loneliest Planet oleh Julia Loktev (Anugerah Golden Tulip di Istanbul 2012) dan Shell oleh Scott Graham (Filem Terbaik, Fipresci dan Anugerah Holden School di Festival Filem Torino 2012).

Penerbit Bersama: ERIC MABILLON, Mandra Films

Eric Mabillon merupakan ketua hal ehwal perundangan dan perniagaan bagi sebuah penerbit rumah seni utama Perancis (Paradis Films, Celluloid Dreams Production), pengagihan (Les Films du Paradoxe, Océan Films) dan jualan (Celluloid Dreams) selama 10 tahun. Dari 2006, dia bekerja sebagai penasihat bebas – sentiasa dalam hal-ehwal perniagaan – untuk beberapa syarikat rumah seni seperti Coproduction Office, Le Pacte, Love Streams agnès b. Productions, Memento Films International, Red Lion, Rouge International, Urban Media International, etc., platform VOD dan agen-agen artistik. Pada tahun 2010, beliau melancarkan Mandra Films bersama Denis Vaslin. Dari masa ke semasa, beliau memainkan peranan sebagai pelatih untuk makmal terbitan bersama seperti FrameWork (TorinoFilmLab) dan Open Doors (Festival del film Locarno).

Mandra Films

Mandra Films adalah syarikat penerbitan dan penasihat Perancis yang dilancarkan pada tahun 2010 oleh Denis Vaslin dan Eric Mabillon. Dengan rangkaian yang luas dan kuat dan kepakaran di dalam penerbitan bersama antarabangsa, Mandra Films berdedikasi terhadap penghasilan kisah-kisah yang menarik dari wilayah-wilayah yang mencabar, dari kedua-dua bakat yang baru berserta pengarah yang lebih berpengalaman.

Barisannya:

Aliyushka oleh Adilkhan Yerzhanov- Kazakhstan – Dalam Pembangunan [penerbitan bersama dengan Volya Films (NL), Kazakhfilms (KZ) dengan sokongan Atelier de la Cinéfondation (Cannes IFF)]

La Ultima Tierra oleh Pablo Lamar – Paraguay – Di dalam Produksi [penerbitan bersama dengan Sapukai Cine (PY), Fortuna Films (NL) dengan sokongan CNC (Aide aux Cinémas du Monde), Hubert Bals Film Fund, Script Station Talent Campus dan Atelier de la Cinéfondation (Cannes IFF)],

Kurai Kurai oleh Marjoleine Boonstra – Kirghizistan – Di Dalam Pasca Produksi [penerbitan bersama dengan Volya Films (NL), Oy Art (KG) dengan sokongan Netherlands Film Fund, Rotterdam Media Fund and Media].

Kembali ke Pelakon & Krew